Mesyuarat Agung Tahunan 2020

- AGM
- September 16, 2020
Persatuan Wakil Takaful Am Muslim (PERWATAM) telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Pertama pada 16 September 2020 bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Program ini menghimpunkan ahli bagi membincangkan pencapaian organisasi sepanjang tahun, perkembangan semasa serta perancangan strategik bagi tahun berikutnya.
Objektif
- Membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun
- Membentangkan penyata kewangan organisasi
- Membincangkan hala tuju dan perancangan masa hadapan
- Memberi ruang kepada ahli untuk mengemukakan pandangan serta cadangan